Header Ads

Piala FA: West Ham belasah Burnley 5-1

Pengendali West Ham Utd, Avram Grant menghelakan nafas lega selepas menyaksikan skuad bimbingannya membelasah Burnley 5-1 dalam aksi pusingan kelima Piala FA.

(Charlton Cole diraikan rakan sepasukan, Mark Noble selepas jaringkan gol. Charlton Cole sumbang dua gol untuk catat kemenangan 5-1. –foto Getty)

West Ham turun dengan apa jua kemungkinan dalam perlawanan ini selepas prestasi buruk dalam kempen liga.

Namun Charlton Cole menjadi watak utama persembahan mantap pasukannya dengan dua gol pada minit ke-48 dan 50.

Pada separuh pertama, West Ham hanya memimpin 1-0 menerusi rembatan kencang Thomas Hitzlsperger namun menambah empat gol lagi pada babak seterusnya.

Gol saguhati pelawat dijaringkan Jay Rodriguez akibat kelalaian Wayne Bridge. –D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.