Header Ads

Liga Europa: Gol di minit terakhir Dirk Kuyt bantu Liverpool ke pusingan 16 pasukan

ENGLAND: Jaringan minit terakhir Dirk Kuyt menghantar Liverpool ke babak 16 pasukan Liga Europa dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sparta Prague di Anfield.

(Pemain Liverpool, Dirk Kuyt meraikan gol tunggalnya ketika pasukannya menundukkan Sparta Prague 1-0 di Anfield. –foto Reuters)

The Reds mempersiakan beberapa peluang awal menerusi Raul Meireles dan David Ngog untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Rangers turut layak selepas menyingkirkan Sporting Lisbon selepas menang 2-1 secara agregat.

Manchester City bakal berdepan dengan Dynamo Kiev pada peringkat seterusnya apabila memenangi perlawanan masing-masing.

City mencipta kemenangan mudah 3-0 ke atas Aris Thessaloniki sambil Dynamo menang besar 8-1 secara agregat ke atas Besiktas.

Zenit St Peterburgh turut lega selepas tentangan sengit Young Boys untuk 4-3.

Seperti dijangkakan, Bayer Leverkusen mudah melepasi peringkat seterusnya dengan kemenangan 2-0 Metalist Kharkiv.

PSV Eindhoven yang terikat dalam pertemuan pertama bangkit untuk mengatasi Lille 3-1 untuk layak 5-3 secara agregat.

Cuaca sejuk memerangkap Basel apabila terikat 1-1 ketika bertandang ke Spartak Moscow dan tersingkir dengan keputusan 4-3.

PSG layak menerusi jaringan tempat lawan ke atas BATE Borisov.

FC Twente melakar kejutan dengan menyingkirkan Rubin Kazan 4-2 sambil satu lagi kelab Belanda, Ajax meraih kemengan mudah 2-0 (5-0) ke atas wakil Belgium. Anderlecht.

Pasukan Portugal, Braga bangkit selepas tumpas dalam perlawanan pertama dengan Lech Poznan 2-1.

Perlawanan paling mencuri tumpuan dalam peringkat ini ialah pertemuan Villareal dengan Napoli. Selepas terikat tanpa jaringan sebelum ini, The Yellow Submarine berjaya mengatasi kelab mantap Itali musim ini itu dengan aksi dramatik 2-1 apabila Giuseppe Rossi muncul wira pasukannya.

Pusingan 16 pasukan:

Benfica
Dynamo Kiev
FC Twente
CSKA Moscow
PSV Eindhoven
Bayer Leverkusen
Ajax
Liverpool

vs
vs
vs
vs
vs
vs
vs
vs

Paris Saint-Germain
Manchester City
Zenit
Porto
Rangers
Villarreal
Spartak Moscow
Sporting Braga



sumber: D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.