Header Ads

Liga EPL: Man Utd jarakkan dengan Arsenal di puncak liga

Javier Hernandez muncul bintang paling menyerlah bagi pasukan Manchester United selepas meledakkan dua gol untuk membantu pasukannya membelasah Wigan Athletic 4-0 ketika berkunjung di tempat lawan.

(Chicarito tewaskan penjaga gol Wigan untuk gol pertama Man Utd.)

Red Devils meledakkan tiga gol lagi pada separuh masa kedua selain gol sumbangan Wayne Rooney dan Fabio Da Silva bagi menambah duka skuad bimbingan Roberto Martinez.

Kemenangan itu sekaligus membolehkan Man Utd menjarakkan diri empat mata dengan pencabar terdekat, Arsenal.

Bolton Wanderers gagal mengambil kesempatan ke atas 10 pemain Newcastle United apabila terikat 1-1. Daniel Sturridge terus cemerlang dengan pasukannya pinjamannya dengan bagi membatalkan gol pendahuluan Kevin Nolan.

Wolves keluar daripada zon penyingkiran apabila menang besar 4-0 ke atas Blackpool bagi merakamkan kemenangan terbesar buat kali kedua dalam tempoh lima bulan.

Aston Villa kini menemui formula baru apabila meletakkan Ashley Young di belakang penyerang utama, Darren Bent.

Blackburn Rovers ternyata terperangkap apabila melepaskan tiga gol dalam masa 16 minit. Strategi itu bagaimanapun meningkatkan tanda tanya mengenai masa depan kapten pasukan itu, Stiliyan Petrov yang diletakkan di bangku simpanan bagi memberi laluan kepada Robert Pires dalam skuad utama. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.