Header Ads

Akhbar palsu ‘Selangor Terkini’: Umno tak mahu mengaku sebagai dalang

WarkahDaily – Siapa nak mengaku berak dalam seluar wei…Jadi tak peliklah kalau Umno tak mahu ngaku sebagai dalang di sebalik penerbitan akhbar palsu ‘Selangor Terkini’ yang banyak memburukkan kerajaan Selangor.

(Gambar kiri: Akhbar palsu 'Selangor Terkini' yang diterbitkan untuk memburukkan kerajaan Selangor)

Bukan sahaja tak mahu ngaku tapi menuduh rakyat pulak yang terbitkan sambil mendakwa, akhbar palsu itu adalah suara sebenar rakyat berhubung ‘kekalutan’ yang berlaku dalam pentadbiran PR di negeri ini. Kurang ajar Umno main tuduh rakyat pulak dah.

Woi!...hangpa ingat senang ke nak bodohkan rakyat...hangpa ingat nak terbitkan akhbar tu sekadar dua tiga kupang aje ke? Woi..nak terbit akhbar dengan kuantiti yang banyak untuk diedar di Selangor tu bukan sikit duit yang dibelanjakannya. Hangpa ingat rakyat mampu ke keluarkan duit sebanyak itu.

Usah kelentonglah wahai Umno. Yang selalu main provokasi ni bukan lain dah. Dah tercatat dalam sejarah, setakat ini, hanya Umno sahaja yang suka main provokasi.


Sinar Harian - UMNO Selangor tidak pernah terlibat dalam penerbitan akhbar palsu ‘Selangor Terkini’ seperti yang didakwa Pakatan Rakyat kelmarin.

Ketua Penerangannya, Abdul shukor Idrus berkata, akhbar itu adalah suara sebenar rakyat berhubung ‘kekalutan’ yang berlaku dalam pentadbiran PR di negeri ini.

”Kita (UMNO Selangor) tidak pernah menjadi dalang dalam menerbitan akhbar berkenaan. Malah, kita tidak perlu menggunakan cara berkenaan kerana rakyat Selangor sudah boleh menilai realiti sebenar apa yang berlaku sekarang ini.

”Itu adalah suara rakyat yang ikhlas menilai pentadbiran PR di Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abdul Shukor berkata, pendedahan dalam akhbar berkenaan bukti sebenar pentadbiran PR di Selangor.

”Isu yang diutarakan dalam akhbar berkenaan adalah isu terkini lebih terkini daripada apa yang disiarkan dalam akhbar rasmi kerajaan ‘Selangor Terkini’.

”Kita tidak boleh halang jika mereka (rakyat) ingin berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Mohamed Talha yang mendakwa pemimpin UMNO menjadi dalang penerbitan akhbar palsu ‘Selangor Terkini’ yang menyerupai akhbar terbitan Kerajaan Negeri yang diedarkan di Lembah Klang sejak bulan lalu.

Katanya, akhbar berkenaan dicetak menggunakan logo dan reka bentuk seperti akhbar ‘Selangor Kini’ yang diterbitkan Kerajaan Negeri bertujuan mengelirukan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, penerbitan akhbar itu menunjukkan parti itu terpaksa menipu untuk mendapat perhatian rakyat sedangkan selama ini mereka ada saluran media mereka sendiri.

Mengulas mengenainya, Abdul Shukor berkata, PR perlu menilai semula cara pentadbiran mereka.

”Mereka perlu sedar rakyat sudah boleh menilai dan jangan cepat membuat tuduhan.

”Sepatutnya mereka sedar kebenaran itu dan memperbaiki segala kelemahan pentadbiran mereka itu,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.