Tottentham Hotspur gagal ambil kesempatan 10 pemain Man Utd
Manchester United terselamat dengan mempertahankan kedudukan 0-0 sehingga tamat permainan ketika menentang Tottentham Hotspur dengan hanya 10 pemain.(Pemain Manchester United (kiri) memintas pergerakan pemain Tottenham Hotspur, Rafael Hotspur, Rafael van der Vaart di White Hart Lane di London pada 16 Januari 2011. –foto AFP)
Tuan rumah gagal mengambil kesempatan selepas pertahanan Red Devils, Rafael da Silva dilayangkan kad merah pada minit ke-73.
Pemain itu meletakkan pasukannya dalam bahaya selepas menjatuhkan Benoit Assou-Ekotto dan menerima padah akibat kekasarannya.
Spurs gagal menemui penyudah berbisa untuk memberikan mereka kemenangan pertama ke atas United dalam tempoh 10 tahun dan meletakkan mereka di tangga kelima.
Dengan keputusan itu, United kembali ke puncak liga dengan 45 mata hasil daripada 21 perlawanan, memintas Manchester City dengan kelebihan perbezaan gol manakala Arsenal ditempat ketiga diikuti Chelsea.
Empat perlawanan musuh setempat yang memberi makna tersendiri kepada setiap penyokong berlangsung pada hari Ahad.
Liverpool bangkit untuk mengikat Everton di Anfield. Dirk Kuyt menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu pasukannya meraih keputusan 2-2.
Sunderland meledakkan gol minit terakhir perlawanan untuk memaksa Newcastle United berkongsi mata 1-1 manakala keputusan pertemuan Birmingham City menentang Aston Villa turut berakhir dengan seri 1-1. -D5 Sports
Post a Comment