Nasib Safee Sali ke Persib akan dinilai Feb ini
Tertakluk kepada hasil perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), bintang bola sepak Malaysia Mohd Safee Mohd Sali berkemungkinan akan dinilai oleh Persatuan Sepakbola Bandung (Persib) pada sesi 'bursa transfer' (sesi jual beli) pada Februari depan.Kemungkinan ini dibayangkan pegawai media Persib, Irfan Suryadireja ketika dihubungi Bernama.
"Pembicaraan untuk itu (membeli Safee) sudah, tetapi belum jauh (belum tercapai kesepakatan) seperti yang akhir-akhir ini diperbincangkan banyak pihak," katanya.
Sungguhpun belum mendapat kepastian mengenai perbincangan dengan FAS, pasukan Mohd Safee pada masa ini, beliau yakin Persib tidak akan berdepan banyak masalah untuk bekerjasama dengan Selangor kerana hubungan baik yang wujud antara kedua-dua kelab itu setelah mereka saling melakukan kunjungan pada tahun lalu.
Mohd Safee pada masa ini masih terikat kontrak dengan FAS sehingga bulan November tahun ini.
Irfan berkata pada sesi Februari nanti, Persib akan melakukan penilaian terhadap keperluan pasukan itu. -Bernama
Post a Comment