Segmen bual bicara 'Salahkah besarkan payu dara?' dilanda kontroversi
WarkahDaily – Agaknya dah habis dah kot tajuk yang berkaitan kehidupan manusia, masalah sosial dan perkembangan wanita yang hendak dibincangkan atau dibicarakan dikhalayak sehinggakan sebuah syarikat televisyen swasta dengan gahnya menyiarkan satu program bual bicara berkaitan ‘Salahkah besarkan payu dara?’.
Ia menunjukkan seolah-olah wanita di negara ini sedang sibuk membesarkan payudara masing-masing sehinggakan tak dapat dibendung. Padahal, banyak lagi tajuk lain yang perlu diketengahkan yang melibatkan masalah keruntuhan rumahtangga, pergaulan bebas dan sebagainya.
Bagi penulis, boleh nak bincangkan benda-benda macamtu, tetapui perlulah kesesuaian tempat dan masanya. Bukan secara terbuka.
Keterbukaan yang ditunjukkan itu telah mengundang pelbagai reaksi dari kalangan lapisan masyarakat. Laporan portal Kosmo!, tinjauan peminat rancangan berkenaan dalam Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.
Keterlaluan jurukamera yang beraksi nakal juga turut mendapat kecaman apabila dilihat dengan sengaja memfokuskan payu dara pengacara dan tetamu jemputan yang diundang.
Di benak penulis, apakah pembesaran payudara ini menjadi isu yang besar dan terkini di alam Malaysia? Apakah relevan dan positifnya rancangan berkenaan membicarakan perihal payudara sambil selingan visual model-model perempuan yang berpakaian dalam yang sudah semestinya ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.
Keterbukaan melampau yang ditunjukkan stesyen televisyen berkenaan telah menggambarkan kita ni setaraf negara luar yang bebas membincangkan perkara-perkara sulit bagi wanita sehingga ianya mungkin boleh mengundang musibah kepada yang mempunyai niat tidak baik sehingga berlakunya gejala-gajala tidak sihat.
Sepatutnya media-media di negara ini berusaha ke arah mendidik masyarakat dengan perkara positif yang boleh menghalang daripada masalah sosial yang semakin parah akhir-akhir ini, bukannya menambahkan lagi masalah berkenaan.
Siapa pun tak dapat nafikan, masalah sosial termasuk pergaulan bebas sehingga boleh berlaku zina, bukan sahaja dari kalangan dewasa, bahkan dari kalangan budak-budak sekolah, antara yang menjadi puncanya adalah cerita-cerita yang ada unsur-unsur lucah termasuklah soal-jawab seks dalam akhbar, kejadian rogol yang diberitakan seolah-olah menjiwai apa yang berlaku sehingga pembaca boleh membayangi apa yang berlaku dan termasuklah jugak, perbincangan isu-isu sensitif yang melibat bicara tentang perempuan.
Ia menunjukkan seolah-olah wanita di negara ini sedang sibuk membesarkan payudara masing-masing sehinggakan tak dapat dibendung. Padahal, banyak lagi tajuk lain yang perlu diketengahkan yang melibatkan masalah keruntuhan rumahtangga, pergaulan bebas dan sebagainya.Bagi penulis, boleh nak bincangkan benda-benda macamtu, tetapui perlulah kesesuaian tempat dan masanya. Bukan secara terbuka.

Post a Comment