Header Ads

Juventus tempah tiket ke suku akhir Piala Coppa Italia

ITALY: Juventus berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala Coppa Italia selepas menundukkan Catania 2-0 pada pertemuan pagi tadi.

(Bintang Juventus, Milos Krasic dihalang pemain Catania, Giovanni Marchese ketika perlawanan pagi tadi. –foto Getty Images)

Jaringan masing-masing disempurnakan oleh Milos Krasic pada minit ke-34 dan Simone Pepe di separuh masa kedua (M54).

Dalam perlawanan tersebut turut menyaksikan, penjaga gawang terkenal Gianluigi Buffon tampil membuat 'come back' selepas sekian lama tidak bersama.

Kini Juventus bersama-sama Parma, Palermo dan Inter Milan untuk beraksi dalam peringkat suku akhir. -PA Sports
Dikuasakan oleh Blogger.