EPL: Liverpool terus dirundum malang di bawah pengurus baru
Liverpool kini mengalami dua kekalahan berturut-turut dibawah bimbingan pengurus barunya Kenny Dalglish, selepas sekali lagi tewas kepada Blackpool 1-2 dalam perlawanan Liga Perdana di Bloomfield Road, semalam.(Pemain Blackpool, DJ Campbell terus menghukum benteng pertahanan Liverpool dengan tandukan cantiknya menewaskan Pepe Reina, semalam)
Dengan kekalahan tersebut sekaligus meletakkan Liverpool di tangga ke-13 (25 mata), di bawah Blackpool yang (di tempat ke-9) dengan 28 mata.
Penyerang kelahiran Sepanyol Fernando Torres yang telah berusaha keras pada musim ini terlebih dahulu menjaringkan gol untuk pasukannya pada minit ketiga.
Namun, kegembiraan mereka tidak berpanjangan apabila Gary Taylor-Fletcher berjaya menghadiahkan gol untuk Blackpool, hasil kesilapan Daniel Agger pada minit ke-12.
Blackpool yang pernah memalukan Liverpool 2-1 di Anfield, Oktober lalu, sekali megulanginya selepas penyerang DJ Campbell menyempurnakan jaringan kemenangan di minit ke-69.
Dalglish yang turut dikecewakan pada pertemuan menentang Manchester United minggu lalu dilihat bakal mengikut nasib bekas pengurus Roy Hodgson. -AFP
Post a Comment