Gol tunggal Ryan Giggs tambah derita Liverpool di bawah pengurus baru
ENGLAND: Liverpool yang menerima sentuhan pertama bimbingan pengurus Kenny Dalglish terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Manchester United pada perlawanan pusingan ketiga, Piala FA, di Old Trafford, Ahad lepas.(Pemain tengah Manchester United, Ryan Giggs (jersi 11) menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk benam Liverpool ketika perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford. –foto AFP)
Gol tunggal United dijaringkan oleh pemain tengahnya, Ryan Giggs menerusi sepakan penalti di minit kedua permainan. Penalti tersebut dihadiahkan selepas Berbatov dijatuhkan oleh Daniel Agger dalam kotak penalti.
Lebih malang nasib Liverpool apabila mereka terpaksa bermain dalam 10 orang selepas Steven Gerrard dilayangkan kad merah akibat menjatuhkan Michael Carrick pada minit ke-32.
United kemudiannya dilihat banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan bertali arus terutamanya pada separuh masa kedua. Bagaimanapun usaha pencarian gol tambahan gagal apabila pertahaan Liverpool tetap kukuh.
Dalglish yang tampil mengubah corak permainan Liverpool, selepas bimbingan Roy Hodgson selama enam bulan dilihat gagal membawa Liverpool ke kedudukkan terbaik Liga Perdana.
Pada pertemuan Piala FA lain, turut menyaksikan pasukan Chelsea menang besar keatas Ipswich dengan7 gol tidak berbalas. Gol dijaringkan oleh Kalou pada minit ke-33, Sturridge M33, M52, Edwards M41 (gol sendiri), Anelka M49 dan Lampard M78, M79.
Sementara itu, Tottenham Hotspur pula menewaskan pasukan dari Divisyen ketiga, Charlton, 3-0.
Penyerang Spurs, Jermain Defoe, yang sebelum ini memulakan kerjaya di Charlton, menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit, selepas Andros Townsend menjaringkan gol pembukaan. –AFP
Post a Comment