Header Ads

Facebook ditutup: Betul atau hanya khabar angin

WarkahDaily – Para pelayar internet dan peminat jaringan sosial terkemuka sedang hangat memperkatakan tentang laman sosial tersohor, Facebook bakal ditutup pada 15 Mac depan.

Akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu, "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Pengendali laman-laman blog dan web juga tidak terkecuali menyuarakan perkara yang merunsingkan penggemar laman berkenaan. Seolah-olah dunia akan hampir kiamat jika tiadanya laman yang mendapat sambutan hangat itu. Kuatnya penangan orang barat terhadap masyarakat dunia termasuk yang beragama Islam.

Menurut berita luar negara, khabar penutupan laman Facebook itu hanyalah permainan pengendali blog sahaja. Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak yang berkaitan laman berkenaan.

Akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Ramai yang terkejut dengan berita penutupan laman sosial yang mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh itu dan masing-masing menyuarakan kerisauan mereka berkaitan penutupannya.

Mungkin perkara ini adalah permainan pemegang-pemegang saham untuk menaikkan lagi nilai saham mereka atau pun satu provokasi pesaing-pesaing mereka yang mungkin berasa cemburu dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh laman yang diminati ramai itu.

Selagi tiada pengumuman rasmi daripada pihak Facebook berkaitan perkara sepenting itu, ia akan terus menjadi teka-teki dan bualan kebimbangan di alam maya.

Yang tergila-gilakan aplikasi sosial itu mungkin akan kesesakan nafas jika ianya menjadi kenyataan. Namun bagi mereka yang sekadar berkata, ‘kalau ada aku guna, kalau tiada aku biasa aje’ atau ‘ aku boleh cari inisiatif laman lain walaupun tidak sehebat Facebook’.

Bagi pelanggan laman berkenaan di Malaysia, boleh pula beralih ke laman buatan Malaysia yang pernah diberitakan di portal akhbar tempatan pada tahun lepas. (dah lupa apa nama laman itu, hangpa cari sendiri).
Dikuasakan oleh Blogger.