Header Ads

Kelantan juara Piala Emas Raja-Raja edisi 2010

WarkahDaily – Kelantan dinobat sebagai juara baru kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja bagi edisi 2010 yang berlangsung malam ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu selepas berjaya menewaskan Kedah 4-3 melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berkesudahan seri 0-0.

Pada babak pertama pada perlwanan itu, rentak permainan kedua-dua pasukan terbantut akibat permukaan padang yang becak hingga menyebabkan permainan kurang menarik tetapi tuan rumah meningkatkan asakan sebaik perlawanan bersambung di babak kedua.

Walaupun permainan berterusan ke masa tambahan, namun kedua-dua pasukan terus kebuntuan memburu gol kemenangan sehingga perlawanan terpaksa diheret ke penentuan penalti.

Kelantan bernasib baik selepas aksi cemerlang penjaga golnya berjaya menafikan dua sepakan penalti pemain Kedah dan memberi kelebihan kepada Kelantan untuk mendahului 4-3.

Dengan kemenangan itu, Kelantan berjaya mengembalikan Piala Emas Raja-Raja ke Kelantan selepas kali terakhir merangkulnya pada tahun 2008 selepas menewaskan Pulau Pinang 4-0.

Sebelum itu, Kelantan sudah pun berjaya menggondol 4 edisi kejuaraan kejohanan berkenaan dan malam ini menambah satu lagi koleksi kemenangnya.

Kemenangan itu juga membolehkan Kelantan membawa pulang hadiah RM30,000. Pemain Kelantan, Rosairil Asrol Mat Nor dinobatkan Pemain Terbaik perlawanan.
Dikuasakan oleh Blogger.