Insiden ditanduk: Materazzi berdamai dengan Zidane
MILAN: Marco Materazzi mengesahkan bulan lalu dia telah berjabat tangan dengan Zinedine Zidane buat pertama kali sejak insiden ditanduk dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006.Kedua-dua pemain tersebut bertembung di hotel Milan ketika Materazzi merancang untuk bertemu bekas pengurus, Jose Mourinho ketika Real Madrid bertandang di kota itu bagi perlawanan Liga Juara-Juara bertemu AC Milan.
"Apa yang diucapkan biarlah menjadi rahsia kami. Biarlah saya katakan saya yang lebih banyak membuka mulut dan akhirnya dia yang menghulurkan tangan dan saya menjabatnya sehingga beliau memandang tepat ke mata saya.
"Itulah yang saya mahukan, bagi saya itu sangat bagus. Saya tidak tahu perasaannya," jelas pemain pertahanan itu.
Materazzi juga mendedahkan dia memang pernah bercakaran dengan bekas penyerang Interm Mario Balotelli kerana bengang dengan sikapnya selepas gambarnya ditangkap menyarung jersi AC Milan.
Akibatnya Balotelli ditampar dan ditendang di mukanya," terang Materazzi.
"Namun apabila dia menjalani pembedahan dan berada di hospital, sayalah berjaga lewat malam menemani dan membantunya." –D5 Sports
Post a Comment