Header Ads

Bahana badi program realiti TV 'Sehati Berdansa'?

WarkahDaily – Untuk hari ni, dah tujuh pasangan dah bercerai. Kata orang, semuanya dek rancangan diminati remaja-remaja Melayu kita, ‘Sehati Berdansa’. Betoi ke tidak ntah ler.

Tapi pasangan artis yang dah bercerai tu semuanya pernah menyertai program menari yang diminati ramai tu.

Nak percaya 100% ianya badi program berkenaan, takdak la sampai tahap camtu. Sebab kata orang, itu dah ditakdirkan oleh Maha Pencipta. Percaya kepada Qada` dan Qadar adalah wajib.

Mungkin apa yang terjadi itu adalah suatu peringatan Allah terhadap hamba-Nya yang jelas terpesong agar kembali ke pangkal jalan.

Tapi yang pasti, program berkenaan banyak menerima tentangan banyak pihak yang tidak mahu masalah remaja kini makin menjadi-jadi. Semuanya, dunia hiburan tanpa sempadan terus diberi muka oleh penguasa.

Semakin hari semakin ramai anak-anak remaja kita begitu teruja dan mabuk dengan program-program realiti hiburan. Lebih-lebih lagi yang ada pergaulan bebas, bukak sana-sini, dedah sana-sini.

Kosmo! - Glamor menari, rumah tangga tunggang terbalik. Bagaikan terkena badi, satu demi satu rumah tangga pasangan yang pernah menyertai program hiburan realiti, Sehati Berdansa berdepan krisis yang berakhir dengan perceraian.

Terbaru, pasangan juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein dan Nana disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Sein dan Nana merupakan pasangan ketujuh program realiti Sehati Berdansa yang bercerai setelah rumah tangga mereka dilanda badai.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 27, yang merupakan anggota kumpulan Ruffedge melafazkan talak satu pada pukul 2.45 petang semalam selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Nana atau nama penuhnya Noor Diyana Muhammad, 26.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dalam penghakimannya memuji langkah yang dibuat oleh pasangan itu untuk menyelesaikan isu perceraian mereka secara baik.

“Setelah mendengar tuntutan, fakta kes dan keterangan kedua-dua pihak, mahkamah berterima kasih kepada kedua-duanya kerana mengikut peraturan sebagaimana apabila bernikah, begitu juga bila hendak bercerai,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.