Arsenal saingan sebenar Man Utd bukan Chelsea - Nani
LONDON: Nani mengenakan tekanan kepada juara bertahan, Chelsea, dengan mendakwa Arsenal merupakan cabaran utama Manchester United dalam persaingan merebut mahkota Liga Perdana England musim ini.Chelsea dilanda suasana muram sejak beberapa minggu lalu apabila hanya mengutip lima daripada 18 mata penuh dalam liga ini.
Chelsea akan berdepan Tottenham Hotspur esok sebelum menjadi tuan rumah kepada United pada minggu berikutnya.
Sementara itu, United, yang belum pernah kalah dalam liga musim ini, akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal lusa dalam pertarungan antara dua kelab di tangga atas.
Pemain sayap Portugal itu berkata anak buah Sir Alex Ferguson melihat Arsenal sebagai saingan lebih bahaya dalam usaha merampas semula mahkota liga musim ini.
Nani berkata, “Arsenal telah mencatatkan kejayaan yang baik dan kini semakin matang. Mereka adalah sebuah pasukan yang baik.
“Saya fikir buat masa ini mereka lebih mengancam daripada Chelsea, yang tewas beberapa perlawanan dan keyakinannya agak tergugat.
“Sebaliknya Arsenal terus mengecap kemenangan dan menduduki tangga atas yang memberikan keyakinan dalam permainan mereka.
“Ia juga mempunyai Samir Nasri yang sedang berada di puncak prestasinya. Beliau sungguh berbahaya dan kami perlu menanganinya.”
Nani kerap menunjukkan persembahan cemerlang ketika berdepan dengan Arsenal seperti semasa menewaskan pasukan Wenger 3-1 di Stadium Emirates Januari lalu.
Beliau juga menyerlah ketika United membenam Arsenal 4-0 dalam Piala FA 2008.
Bintang berusia 23 tahun itu menambah: 'Saya suka bermain menentang Arsenal kerana saya telah menunjukkan beberapa prestasi yang baik ke atas mereka.
“Corak permainan mereka membolehkan anda menunjukkan kualiti anda. Pertarungan genting selalunya membolehkan saya mempamerkan permainan terbaik.
“Perlawanan dengan mereka tentu hebat dan menarik. Semua orang mahu bermain dalam perlawanan yang genting dan saya fikir suasananya nanti pasti hebat.
“Arsenal telah menunjukkan permainan yang baik kebelakangan ini. Tetapi kami perlu memberikan tumpauan sepenuhnya terhadap prestasi sendiri.” -The Sun
Post a Comment