Header Ads

Sukan Komanwel 2010: Skuad hoki wanita tewas kepada Wales

INDIA: Skuad hoki wanita negara tewas lagi pada perlawanan ketiga menentang Wales dalam saingan Kumpulan B Sukan Komanwel 2010 yang berlangsung hari ini.

Dengan kekalahan ini, harapan anak buah Yahya Atan untuk mara lebih jauh lagi semakin pudar selepas sekadar mengutip tiga mata sepanjang tiga perlawanan yang telah mereka hadapi.

Wales terlebih dahulu membuka gol pendahuluan pada minit ke-24 menerusi pukulan penalti stroke yang disudahkan oleh penyerang Leah Wilkinson untuk menewaskan penjaga gol negara Siti Noor Hafiza Zainordin.

Skuad negara cuba bangkit meskipun ketinggalan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke -39 oleh ketua pasukan Nadia Abdul Rahman yang mana bermula dari pukulan sudut penalti.

Meskipun begitu, kelesuan dan kekurangan stamina mengakibatkan para pemain negara gagal mengekang kemaraan para pemain Wales.

Jaringan menerusi pemain Wales Claire Lowry pada babak akhir permainan (min 56) yang juga bermula dari pukulan sudut penalti untuk sekaligus melengkapkan kemenangan pertama mereka pada Sukan Komanwel kali ini.

Malaysia buat masa ini menduduki tempat ketiga di dalam kumpulan serta bakal berhadapan perlawanan terakhir menentang England dan perlu menang dengan jumlah jaringan yang banyak sekiranya mahu melayakan diri ke pusingan seterusnya. -D5 Sport
Dikuasakan oleh Blogger.