Sukan Komanwel 2010: Skuad hoki negara tewas lagi
NEW DELHI: Peluang pasukan hoki negara untuk memperoleh pingat dalam Sukan Komanwel ke-19 nyata tipis selepas sekali lagi dikecewakan dalam saingan kumpulan A ketika menentang Pakistan lewat malam tadi.(Shakeel Abbasi (kiri) dari Pakistan berusaha keras mendapatkan bola daripada Jiwa Mohan ketika perlawanan saingan kumpulan A di Stadium Major Dhyan Chand, New Delhi, 6 Oktober 2010. Malaysia tewas 1-4. -foto AFP)
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Major Dhyan Chand menyaksikan Malaysia tewas 4-1.
Jaringan tunggal negara di perolehi pada minit-minit akhir separuh masa pertama menerusi pukulan Amin Muhamad Rahim, selepas Pakistan mendapat gol pertama menerusi jaringan penalti di minit ke 17.
Penampilan pemain berpengalaman Pakistan, Rehan Butt and Shakeel Abbasi dilihat begitu menyerlah untuk membantu pasukannya mara membenam Malaysia.
Abbasi turut menyumbangkan jaringan pada minit ke-3 dengan pukulan kencangnya, bagi membawa pakistan berada di hadapan (2-1).
Belumpun pasukan Malaysia berjaya bangkit, mereka sekali lagi dihukum dengan 2 jaringan menjadikan kedudukan 4-1 hingga kepada tiupan wisel penamat.
Malaysia dijadual bertemu Wales hari ini, sementara Pakistan bakal bertemu Australia. -D5 Sports
Post a Comment