Sukan Komanwel 2010: Skuad hoki kecapi kemenangan pertama
NEW DELHI: Pasukan hoki negara akhirnya mengecapi kemenangan pertama dalam Sukan Komanwel New Delhi 2010 selepas menundukkan Scotland 2-0.(Pemain Malaysia (berjersi kuning) meraikan jaringan ketika menentang Scotland dalam perlawanan Pool A Sukan Komanwel New Delhi 2010. Malaysia menang 2-0. -foto AFP)
Pasukan negara yang tewas kepada India (3-2) dan Pakistan (4-1) bangkit untuk meraih mata penuh menentang Scotland di Stadium Major Dhyan Chand.
Malaysia membuka jaringan pada minit ke-34 menerusi Azlan Misron.
Hafifihafiz Hanafi menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-52.
Kedua-dua pemain tersebut juga penjaring gol ketika menentang pasukan India.
Pasukan negara akan bertemu dengan Australia pada hari Ahad. -AFP
Post a Comment