Sukan Komanwel 2010: Nicol kali pertama rangkul emas Sukan Komanwel
NEW DELHI: Juara dunia Datuk Nicol Ann David akhirnya merangkul pingat emas sulungnya dalam Sukan Komanwel selepas menewaskan musuh ketat Jenny Duncalf dari England pada perlawanan akhir skuasy wanita di sini malam ini (8 Okt).(Reaksi Datuk Nicol Ann David yang tidak menghadapi masalah besar untuk menumpaskan Jenny Duncalf untuk memastikan pingat emas dalam Sukan Komanwel ke-19 pada 8 Okt 2010. -foto AFP)
Selepas gagal pada edisi lepas di Melbourne, Australia, pada 2006, Nicol dengan mudah mengatasi Duncalf 11-3, 11-5, 11-7 untuk merangkul gelaran perseorangan itu di Kompleks Sukan Sri Fort di sini.
Nicol, 27, menunjukkan persembahan mantap dan bertenaga sepanjang perlawanan untuk merangkul satu-satunya gelaran yang tidak pernah dimenanginya sejak menjadi pemain profesional pada tahun 2000.
Pemain Austrlia Kasey Brown pula meraih pingat gangsa selepas pemain pilihan ketiga Alison Waters dari England menarik diri dari perlawanan menentukan tempat ketiga akibat kecederaan. -Bernama
Post a Comment