Piala Malaysia 2010 (suku akhir pertama): Terengganu sekadar seri, Pahang kecundang
Terengganu gagal menggunakan kelebihan di laman sendiri selepas terikat 2-2 dengan Kedah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di sini.Dalam perlawanan yang menyaksikan dua gol di setiap separuh masa itu, kedua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang.
Di awal permainan, baik Terengganu mahupun Kedah memilih untuk bermain dengan berhati-hati menjadikan corak permainan pantas tetapi kurang kreatif di bahagian tengah.
Kealpaan di benteng pertahanan mengundang padah buat Sang Penyu apabila ofsaidnya tidak menjadi. Khyril Muhymeen melakukan tindakan susulan tetapi cubaannya berjaya ditampan penjaga gol.
Kelegaan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama berikutan bola muntah tersebut disempurnakan Badrol Bakhtiar.
Terengganu cuba bangkit dan usaha itu membuahkan hasil selepas penjaga gol Kedah, Muhammad Al-Hafiz Hamzah gagal mengagak cubaan jarak jauh Joseph Kalang Tie.
Gol pemain itu diringi dengan layangan kad kuning berikutan cuba memprovokasi penyokong pelawat dengan caranya meraikan gol.
Tatkala tuan rumah agresif melancarkan serangan, anak-anak buah Ahmad Yusuf kembali di depan apabila Mohd Fiqry Md Isa tenang menyempurnakan hantaran lintang Khyril Muhymeen pada minit ke-50.
Kelebihan itu hanya bertahan 18 minit apabila kelincahan pemain gantian, Firdaus Faudzi menjadikan keputusan 2-2.
Ketenangan Firdaus di depan gol berjaya menggelecek seorang pertahanan sebelum melepaskan rembatan melepasi jangkaun Al-Hafiz.
Sebaliknya kedudukan itu membuatkan Kedah meningkatkan usaha mereka tetapi keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.
Manakala keputusan di Stadium JCorp, Pasir Gudang menyaksikan Pahang tewas 0-1 kepada pasukan Johor FC.
Dalam perlawanan yang didominasi pasukan Johor FC itu, Khairi Kiman menjadi wira setelah menghadiahkan gol tunggal untuk pasukannya.
Johor FC yang turut kerap mempunyai peluang keemasan untuk menambahkan jaringan, sering kali digagalkan penjaga gol pahang, Mohd Rosfaizul Azuar Ali.
Pun begitu, meraka harus berpuas hati kerana keputusan 1-0 sudah cukup untuk memberi tekanan kepada Pahang terutamanya bermain di Kuantan nanti.
Pada perlawanan sengit malam tadi, kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang pantas, malah masing-masing berbalas serangan hingga ke tiupan wisel penamat.
Walaupun Pahang kecundang pada malam ini, Rosfaizul harus diberi pujian selepas banyak menewaskan serangan lawan.
Kemampuannya terlebih dahalu diuji ketika menyelamatkan rembatan Khairi pada minit keenam.
Tidak lama kemudian, Khairul Ismail pula muncul dengan rembatan kencang yang memaksa Rosfaizul melayang sebelum menyelamatkannya.
Peluang keemasan Johor FC turut hadir pada minit ke-29, apabila tandukan Mohd Rashid Aya hanya sedikit terkena kaki Rosfaizul, sebelum bola melantun keluar dan dibersihkan barisan pertahan.
Manakala peluang Pahang untuk menjaringkan gol muncul pada minit ke- 32 ketika Md Shahrizan Md Salleh yang berada dalam kotak penalti cuba menanduk kearah pintu gol, bagaimanapun dia bertembung dengan pertahanan lawan.
Ketika pergelutan di depan pintu gol itu, penyokong Johor FC nyata terdiam untuk seketika sehinggalah bola dibersihkan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk suku akhir kedua, Piala Malaysia yang jadualkan berlangsung di Kuantan, sabtu ini. -D5 Sports
Post a Comment