Header Ads

Piala Carling: Arsenal belasah Newcastle untuk mara ke suku akhir

LONDON: Arsenal nyata gah dalam saingan keempat, Piala Carling apabila membenam Newcastle 4-0 di tempat lawan, lewat malam tadi.

(Pertahanan Newcastle United, Tamas Kadar (kiri) dan James Perch (kanan) berusaha keras menghalang pemain Arsenal, Theo Walcott ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan keempat Piala Carling di St James' Park, Newcastle, England. –foto AFP)


Dalam perlawanan itu, pemain sayap England Theo Walcott menjadi wira dengan menjaringkan dua gol (M53,M88) untuk memberi kedudukan selesa kepada Arsenal, sekaligus layak ke peringkat suku akhir.

Ia adalah gol pertama Walcott sejak kembali daripada berehat, akibat kecederaan ketika bermain untuk England bulan lalu.

Sementara itu, dua gol lain masing-masing disempurnakan oleh Tim Krul pada minit ke-45 dan Nicklas Bendtner, M83.

"Walcott dilihat menyerlah berada di barisan hadapan untuk menjaringkan gol pada musim ini. Sentuhannya begitu menarik, malah dia juga adalah pemain yang pintar kerana sering membuktikan kemampuannya," kata pengurus Arsenal, Wenger.

Manakala dalam pertemuan lain, turut menyaksikan West Ham menewaskan Stoke dengan jaringan tiga gol berbalas satu, ketika bermain di Upton Park.

Stoke pada awalnya mendahului perlawanan dikejar sehinggalah West Ham berjaya menjaringkan tiga gol jaringan Scott Parker pada minit ke-84, Manuel da Costa (M96 dan Victor Obinna (M98). Manakala gol Stoke dijaringkan oleh pemain Trinidad, Kenwyne Jones.

Di Villa Park pula, menyaksikan Aston Villa berjaya menewaskan Burnley dengan keputusan 2-1.

Pada perlawanan dramatik itu, Aston Villa memperolah gol pertamanya menerusi jaringan Emile Heskey pada minit ke-86, namun tiga minit kemudian, Burnley pula membalas jaringan menerusi Clarke Carlisle.

Dalam masa kecederaan, Aston Villa pula menambahkan jaringan hasil rembatan pemain Stewart minit ke-96.

Suku akhir Piala Carling akan mula berlangsung pada Sabtu ini. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.