Header Ads

Liga Juara-Juara Eropah: Liverpool akur seri tanpa jaringan dengan Utrecht

BELANDA: Liverpool dipaksa seri tanpa jaringan oleh kelab Belanda, FC Utrecht dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa di Utrecht.

(Pemain Utrecht, Jacob Mulenga (kiri) merebut bola dengan pemain Liverpool, Martin Kelly sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Liga Europa yang berkesudahan seri tanpa jaringan. -foto AFP)

Biarpun pengurus pasukan Liverpool, Roy Hodgson menggunakan taktik menyerang, ia tidak mampu untuk mencipta sebarang gol.

Peluang yang gagal disambar Liverpool pun ini pastinya menghampakan penyokong The Reds.

Liverpool bermula dengan baik menerusi gandingan pemain tengah, Raul Mereiles, Joe Cole dan Dirk Kuyt dengan melakukan beberapa gerakan merbahaya.

Seawal minit ke-10, Mereiles mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun rembatannya terus ke penjaga FC Utrecht, Michel Vorm.

Gandingan mantap mereka sekali lagi mengundang bahaya apabila Kuyt melorongkan bola kepada Fernando Torres tetapi pemain Sepanyol itu mengambil masa terlalu lama untuk bertindak di dalam kotak penalti.

FC Utrecht bangkit membalas serangan dengan percubaan Jacob Mulenga, tetapi rembatannya tersasar jauh.

Pada separuh masa kedua, Maxi Rondriguez yang dibawa masuk Hodgson mengubah gaya permainan Liverpool.

Percubaan sepakan guntingnya mencemaskan Vorm biarpun hanya melepasi palang gol.

Tujuh minit sebelum wisel penamat dibunyikan, pasukan tuan rumah hampir menjaringkan gol kemenangan apabila Mulega mudah menggelecek melepasi Jamie Carragher tetapi percubaannya tersasar. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.