Header Ads

Anak bulan Aidiladha dilihat 6 Nov

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.