Header Ads

Shafie Apdal kahwin artis?

Datuk Seri Shafie Apdal kahwin artis? Betoi ke idak ni? Itu pun penulis WarkahDaily duk intai-intai gosip ni dalam laman forum terkenal di alam siber ni. Khabarnya artis terbabit ialah Zahida Rafik (Gambar kanan). Tak tahulah.

Tapi jika fikir baik-baik, ketika sahabat Shafie Apdal, Bung Mokhtar ari tu lebih kurang camni jugak dia punya gossip. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah. Akhirnya ngaku jugak walaupun sebelum itu berhempas pulas menafikan tiada hubungan. Dunia sekarang.

Tak tahulah kes Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ni lain pulak ceritanya. Nak tahu sahih ke tak sahih, tunggu tuan punya badan umumkan.

Kalau betul gosip tu, boleh dikatakan sekarang ni kat Malaysia dah jadi trend baru pulak dah, artis jadi pilihan menteri atau menteri jadi pilihan artis sebagai pasangan hidup. Lantak depalah, duit berbakui-bakui, tak tahu nak letak mana dah, tu yang duk tambah koleksi teman hidup tu. Boleh empatlah katakana.

Sebelum ini Kosmo! Pernah melaporkan Zahida kahwin VIP di London sebelum kedatangan Ramadhan.

Petikan Kosmo! bahagian Diva Interaktif;

Dah lama juga Diva dengar dia berhubungan dengan orang kenamaan. Tetapi cerita ini sedikit berlainan. Kata sumber Diva itu, Zahida bersama VIP berkenaan sudah bernikah di London lebih sebulan lalu iaitu sebelum puasa.

"Punyalah nak berahsia, mereka kahwin dalam majlis tertutup tapi aku rasa ramai pelajar dan orang Malaysia di London tahu perkara berkenaan. Cuma mereka malas nak hebahkan cerita," beritahu sumber Diva itu selamba.

Diva diamkan diri dan cuba ingat cerita-cerita lama Zahida yang dikatakan ditaja hidupnya oleh seseorang.


Tak tahulah siapa yang dimaksudkan VIP tu, tapi kalau ikut sembang dalam forum-forum, VIP tu mungkin Pak Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga bos Umno Kedah. Tak tahulah betoi ke idak.

Kalau ikut sumber ntah betoi ntah tidak, depa dah kahwin sebulan yang lalu di London secara tertutup. Kalau ikut cerita sumber tak sahih tu dengan apa yang dilaporkan Kosmo!, cam ada sedikit klunya.

Kalau betoi, tahniahlah kat depa berdua.
Dikuasakan oleh Blogger.