Google sudah 'membebaskan' WarkahDaily daripada ancaman Malware
Makluman kepada semua pengunjung WarkahDaily yang budiman, laman WarkahDaily sudah selamat dan bebas untuk dilayari selepas ianya 'dibebaskan' oleh Google hari ini. Ianya kembali beroperasi seperti sedia kala selepas beberapa hari yang lepas terpaksa dihentikan seketika kerana amaran serangan Malware oleh pihak Google sehingga para pengunjungi tidak dapat melayarinya.Akibat serangan Malware seperti yang didakwa pihak Google, banyak laman-laman besar seperti Berita Harian, Harian Metro, Malaysiakini dan lain-lain tidak dapat dilayari oleh para pengunjung.
Walaupun WarkahDaily tidak sebesar laman-lama lain, namun akibat kandungan iklan pihak ketiga melalui perkhidmatan pelayan iklan yang disertai, WarkahDaily juga tidak terkecuali daripada terkena tempias.
Namun selepas masalah teknikal yang didakwa menyebar Malware telah dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas, WarkahDaily sudah mula boleh beroperasi seperti sediakala.
Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan dihadapi. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pihak Google dan Innity yang pantas menyelesaikan masalah ini.
Selamat berkunjung!
Post a Comment