Owen selamat maruah Manchester United
LONDON: Gol jaringan Michael Owen ke-200 sepanjang karier beliau menyelamatkan Manchester United daripada kekalahan selepas diikat 2-2 oleh Bolton Wanderers di stadium Reebok.(Pemain Manchester United, Nani menjaringkan gol ke atas Bolton Wanderers dalam perlawanan EPL di Stadium Reebok pada 26 September 2010. -foto AP)
United hadir di ke tempat lawan dengan harapan untuk mencatat kemenangan bagi merapatkan jurang dengan Chelsea kepada satu mata.
Bagaimanapun anak buah Owen Coyle bermain dengan penuh semangat dan berjaya menemui gol pendahuluan menerusi tandukan Zat Knight yang berjaya mengatasi Johnny Evans hasil umpanan sepakan sudut.
Namun gerakan solo Nani pada setengah jam perlawanan, di mana pemain sayap itu menggelecek tiga orang pemain Bolton, memberikan gol penyamaan buat United.
Kekecewaan mula menghantui kem United apabila Rooney ditukarkan dengan Federico Macheda sementara bintang veteran, Ryan Giggs juga terpaksa keluar padang atas kecederaan hamstring.
Martin Petrov akhirnya berjaya merobek gawang United untuk gol kedua Bolton selepas menerima hantaran cantik Kevin Davies
Walau bagaimanapun, Owen yang masuk menggantikan Darren Fletcher memerlukan hanya tiga minit di atas padang untuk menanduk masuk bola hantaran sepakan percuma Nani untuk memastikan United pulang dengan satu mata. -AFP
Post a Comment