Inter belasah Bari 4-0
ITALI: Dua jaringan oleh penyerang Diego Milito dan Samuel Eto'o berjaya membantu penyandang juara Inter Milan menang bergaya 4-0 ke atas Bari semalam.(Penyerang Inter Milan, Diego Milito (Kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol semasa pertemuan menentang Bari di Stadium San Siro, Milan pada 22 September 2010. -foto AFP)
Dengan kemenangan ini Inter mendahului Liga Serie A dengan mengutip 10 mata keseluruhan.
"Kami bermain dengan baik kerana kami mempunyai pemain berkualiti dan bukan kerana sistem yang kami gunakan," kata Rafa Benitez yang lebih menggunakan corak menyerang berbanding bertahan yang digunakan Jose Mourinho.
Pada masa sama, Benitez turut memuji aksi mantap yang dipamer Eto'o.
Eto'o menjaringkan gol menarik menerusi tandukan pada minit ke-27 dan sepakan penalti pada minit 63. -AFP
Post a Comment