Ibrahimovic julang AC Milan selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan
MILAN: Zlatan Ibrahimovic sekali lagi menjadi hero buat AC Milan apabila membantu kelab itu mengakhiri kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan kelab itu dengan kemenangan 1-0 ke atas Genoa di San Siro.(Gol Zlatan Ibrahimovic membantu AC Milan meraih kemenangan bermakna ke atas Genoa pada 26 Sept 2010. -foto AFP)
Gol penyerang Sweden itu hadir pada minit ke-49 menerusi bola cungkil untuk gol pertama liga pertamanya sejak berpindah dari Barcelona.
Kini Milan berjaya mengumpul lapan mata hasil daripada lima perlawanan, dua mata kurang berbanding Inter Milan.
"Kemenangan ini memberi makna besar kerana ia penting untuk berada dalam psikologi yang baik.
"Apabila keputusan tidak menyebelahi anda, anda akan selalu resah sekalipun anda adalah sebuah pasukan hebat," jelas jurulatih Milan, Massimiliano Allegri.
Robinho turut membuat penampilan pertama dalam seragam gergasi Itali itu. Dia, Ibrahimovic dan Ronaldinho sentiasa bertukar posisi untuk mengancam kubu lawan namun gerakan mereka berjaya dipatah dan sebaliknya Genoa terlebih dahulu menguji gawang lawan pada minit ke-14 namun sepakan Rafinha tersasar.
AC Milan kemudian memiliki beberapa peluang tetapi sering dinafikan dengan kekebalan Eduardo.
Penjaga gol dari Portugal itu sempat menafikan cubaan pemain Genoa yang dipinjamkan ke Milan, Kevin Prince Boateng.
Ibrahimovic memecah kebuntuan perlawanan sebaik perlawanan bersambung apabila berjaya melepasi kawalan dua pemain lawan untuk mengutip hantaran Andrea Pirlo sebelum melakukan cubaan ke arah gol. -AFP
Post a Comment