Header Ads

Penjawat awam didenda RM2,700 selepas mengaku sedia laku persetubuhan haram

WarkahDaily – Lepas budak (budak tahun enam), mak dan bapak budak (dah kahwin) pulak dah. Kejadian keruntuhan moral semakin menjadi-jadi.

Tak cukup lagi ke dengan bini, tak cukup lagi ke dengan laki? Nasib baik korang ada bini dan laki baik, kalau tak, hancuslah.

Yang jadi mangsa adalah anak-anak. Umur dah nak senja, fikir-fikirlah pulak masa depan (akhirat).

Sempena kedatangan Ramadhan ini, perbanyaklah amal ibadat demi untuk mendapat taqwa seperti janji Allah bagi orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan.



Sepasang penjawat awam yang masing-masing sudah berumahtangga didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas mereka mengaku salah melakukan persediaan melakukan persetubuhan haram di sebuah bilik hotel di Kampung Mak Sara dekat Jertih, Besut April lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan pasangan tersebut dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda seperti mana dikenakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh wanita yang berusia 44 tahun dan pasangannya berusia 32 tahun bekerja di pejabat sama di sebuah agensi kerajaan di Ajil, Hulu Terengganu didapati berada dalam bilik hotel Kampung Mara Sara, Jalan Jertih dalam keadaan yang boleh mendatang syak pada jam 10.55 malam, 22 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu kerana persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Norzilawati Said, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mengikut fakta kes pendakwa, ketika sepasukan penguat kuasa melakukan serbuan di hotel itu mendapati pintu luar bilik hotel itu tertutup rapat dan lima minit setelah pintu diketuk tertuduh lelaki yang memakai kain pelikat tanpa baju membuka pintu.

Norzilawati ketika membacakan fakta kes itu berkata, apabila penguat kuasa membuat pemeriksaan lanjut di dalam bilik itu mendapati ada seorang wanita (tertuduh wanita) bukan muhrim dalam keadaan hanya berkembang.

Dalam rayuannya, pasangan itu memohon hakim mengurangkan denda dengan alasan dia sudah insaf dan kedatangan pasangan yang juga rakannya itu hanya untuk membaiki masalah internet mudah alih (broadband) yang dihadapinya dan mereka tidak melakukan apa-apa malah wanita itu mendakwa ketika itu dia datang haid.

Ketika ditangkap wanita berkenaan sedang menjalani tugas rasmi di sebuah institusi di Bukit Keluang.

Mereka juga memberitahu mahkamah, tertuduh lelaki memakai kain pelikat kerana menumpang mandi di dalam bilik hotel yang disewa tertuduh wanita

Namun, Mohd Nazri menyatakan walau apa alasan sekalipun pasangan bukan muhrim tidak dibenarkan berada dalam keadaan seperti itu dan masih banyak kaedah atau tempat lain yang tidak boleh menimbulkan syak.

Wanita yang telah berkhidmat selama 20 tahun itu hadir ke mahkamah ditemani suaminya yang juga penjawat awam. Wanita yang mempunyai empat anak itu menangis ketiga membuat ra-yuan dikandang tertuduh.

Manakala tertuduh lelaki yang mempunyai isteri dan seorang anak berusia enam tahun pula memberitahu mahkamah isterinya tahu dia ditangkap dan mengatakan isterinya sayangkan dia.

Kedua-dua tertuduh akhirnya membayar denda sebaik mahkamah selesai bersidang. -SH

Dikuasakan oleh Blogger.