Pemain baru Di Maria bantu Real Madrid rangkul Trofi Bernebeu
SEPANYOL: Seminggu sebelum sepak mula La Liga, Real Madrid dibawah asuhan jurulatih baru, Jose Mourinho menampilkan aksi kurang meyakinkan dengan kejayaan merangkul Trofi Bernabeu dengan menewaskan Penerol 2-0 di stadium keramat mereka.Penerol merupakan waki daril Uruguay dan antara salah sebuah kelab terbaik di Amerika Selatan yang dijemput untuk menyertai kejohanan itu.
Gergasi Sepanyol itu perlu menunggu sehingga minit ke-68 menerusi Angel Di Maria untuk memecah kebuntuan yang menyaksikan pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo gagal menemui sentuhan penyudah meskipun beroleh beberapa peluang di depan gol.
Perlawanan itu merupakan penampilan sulung Di Maria menyarung jersi Real Madrid selepas berhijrah dari Benfica. Pemain sayap itu baru sahaja dimasukkan selama lapan minit untuk mempamerkan belangnya dengan gerakan solo untuk gol tersebut.
Seminit sebelum ini, Panerol hampir mengejutkan penyandang juara itu apabila Iker Casillas ditewaskan tetapi gol berkenaan tidak dikira kerana ofsaid.
Sepanjang permainan, Mourinho membuat beberapa pertukaran untuk menguji keupayaan pasukannya termasuk dengan Ricardo Carvalho di bahagian pertahanan selain beberapa muka kurang dikenali termasuk Pedro Leon dan Sergio Canales.
Rafael van der Vaart yang dimasukkan pada penghujung perlawanan membuktikan dia mampu memainkan peranan penting dalam skuad itu musim ini apabila menjaringkan gol kedua perlawanan dalam masa kecederaan.
Dengan kejayaan itu, Real Madrid mempertahankan trofi Bernaneu selama tujuh tahun berturut-turut. -D5 Sports
Post a Comment