Header Ads

40 ulamak ketuai munajat tuntut royalti minyak tidak termasuk 'ulamak muda'

WarkahDaily - Giliran kerajaan Kelantan pulak mengerahkan ulamak-ulamak muktabarnya untuk bermunajat kepada Allah memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan pusat.

Sebelum ni heboh kerana ada satu kumpulan 40 orang yang menggelarkan mereka ‘ulamak muda’ akan bersama dengan Umno dan berjuang bersama Umno untuk ‘memartabatkan’ Islam.

Bila tiba masanya, kira punya kira, tak cukup pun 40 orang ‘ulamak muda’ yang dikatakan akan menyertai Umno itu. Tu tak masuk yang kena tipu dek ‘ulamak muda’.

Sekarang PAS Kelantan akan mengerahkan ulamak sejati dari pondok-pondok pengajian agama untuk bermunajat kepada Allah supaya royalti dikembalikan.



Seramai 40 ulama akan mengetuai Munajat Royalti Kelantan bagi memohon tuntutan hak royalti minyak kerajaan negeri itu dikembalikan kerajaan Pusat.

Program secara berkala yang dijangka bermula Disember ini adalah dianjur skretariat khas royalti yang di bawah Gerakan Bertindak Kebalikan Royalti Minyak (Gegar)

Ketua NGO itu, Md Zulaimi Kazin, dalam siding medianya memberitahu sebahagian besar anggota mereka disertai oleh para ulamak dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh.

Menurutnya, seketeriat yang dipengerusikan Tuan Guru Hussin Ibrahim, dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Ma situ, diadakan bertujuan untuk menyampaikan mesej rakyat menuntut royalti itu melalui golongan ulamak.

Ujarnya, 40 ulama yang akan menyertai misi ini dipilih berdasarkan jasa dan khidmat yang dicurahkan bagi pembangunan ilmu agama di negeri Kelantan.

“ Pemilihan ulama tersebut di buat dari kalangan ulama dipondok-pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama PAS dan ulama di kalangan ahli akademik,” ujarnya lagi.

Tambahnya, para ulama berkenaan juga akan mendoakan kelancaran proses tuntutan di mahkamah sekiranya tuntutan itu dibawa ke peringkat tersebut.

“Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka.

40 ulama tersebut juga katanya akan mendoakan dan bermunajat secara individu selama 40 hari berturut-turut di Kelantan dan kemuncak munajat akan dilakukan selama 40 waktu di Baitullah di Makah.

Sehubungan itu, semua warga negara yang perihatin terutama rakyat Kelantan diseru menyalurkan sumbangan untuk menjayakan program tersebut.

Kutipan sumbangan akan bermula 1 Syawal bersamaan 10hb September sehingga 30hb November ini. -HRKH
Dikuasakan oleh Blogger.