Pasukan khas anti rasuah pasir: Haha..dah runsing ke?
WarkahDaily - Sape suruh hangpa cari pasal. Orang dah cakap dah, jangan jolok sarang tebuan, nanti hangpa dapat susah.
Dengan penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) itu berkemungkinan orang yang terlibat dengan ‘curi’ pasir tidak dapat duduk senang dan gelisah sekarang ini.
"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Hehe..dah kecut ke orang yang curi pasir? Sekarang dah reti dah nak diam? Jangan ingat Pakatan Rakyat (PR) tak berani bertindak.
Lepas ni, tahulah sape dalang sebenar di sebalik ‘kecurian’ pasir yang berleluasa di Selangor.
Sebelum dua tahun pemerintahan PR, takdak pulak bising ada ‘kecurian’ pasir padahal masa tu sudah berleluasanya kecurian pasir, tapi banyak pihak menafikannya. Sekarang pandai pulak depa bising. Tapi nah sekarang, tunggulah sape yang terlibat nanti.
Ingat, kecurian pasir berlaku sejak Umno-BN memerintah Selangor lagi. ‘Tokey-tokey’ ‘curi’ pasir semuanya dah gemuk dah.
'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi - PAS
Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.
"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.
"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.
Pada 21 Ogos lalu, Khalid mengumumkan SPRM dan KSSB bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas - dianggotai wakil kedua-dua pihak - bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengambil pendekatan itu "supaya SPRM lebih bebas memantau operasi KSSB" dan mengesan sekiranya ada prosedur yang membuka ruang kepada rasuah.
"PAS berpandangan tindakan ini menunjukan betapa serius kerajaan Pakatan yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.
"Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," katanya.
Menurut Idris lagi, apabila industri pasir distruktur semula selepas Pakatan memerintah, kutipan royalti semasa jauh mengatasi zaman pemerintahan BN sebelum ini. -Malaysiakini
Post a Comment