Jual mercun: Penjawat awam pun terlibat sama
Seorang penjawat awam ditahan kerana disyaki menyimpan pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai RM10,000 di rumahnya di Cheng, Melaka, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam dan pemeriksaan di rumahnya menemui sepuluh kotak besar mengandungi bunga api dan mercun.
"Ketika ditahan, isteri dan dua anaknya turut berada di rumah itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.
Salehhudin berkata, polis tidak menolak kemungkinan bunga api dan mercun itu untuk dijual dan siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti dari mana lelaki terbabit memperoleh bahan larangan itu.
Beliau berkata, antara jenis bunga api dan mercun yang ditemui ialah mercun ketupat, mercun bola, twin tower, thunder clap, saturn missiles, happy boom, thunder king firework dan whistling moon travellers.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.
Salehhudin menasihati orang ramai agar tidak membeli bunga api dan mercun kerana mereka juga boleh didakwa seperti penjual bahan larangan itu. -Bernama

Post a Comment