Header Ads

FDI merudum: Ku Li kecam Mustapa kerana berbohong

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah (Gambar) mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar semalam.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.


Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya. -Malaysiakini

WarkahDaily - Mustapa sekadar menutup kelemahan kepimpinan Najib dalam merencanakan ekonomi negara. Selaku Menteri Kewangan, Najib dilihat telah mengecewakan ramai pendokong ekonomi yang sebelum ini mengharapkan perubahan dari sebelum itu (zaman Pak Lah).

Namun, skandal yang melingkari kepimpinan Najib dan barisan kabinetnya termasuk rasuah menyebabkan para pelabur hilang keyakinan terhadap dasar ekonomi negara.

Tidak pelik jika Mustapa menipu dalam perkara FDI, kerana para menteri kabinet juga terdiri daripada mereka yang ditipu (kes PKFZ).

Dikuasakan oleh Blogger.