Standard Chartered naikan kadar BLR dan BFR 6.30 %
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan Standard Chartered Saadiq Bhd, menaikkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing kepada 6.30 peratus daripada 6.05 peratus setahun, berkuat kuasa esok (13 Julai).
Bank itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelarasan itu adalah selari dengan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
Bank pusat menaikkan kadar itu buat kali ketiga Khamis lepas, berikutan aktiviti ekonomi yang pesat pada suku kedua. -Bernama

Post a Comment