Header Ads

Penjara Pudu: Expoam usul bantahan keras kenyataan Awang Adek

AYER KEROH: Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (Expoam) mengusulkan bantahan sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein mengenai ‘Penjara Pudu yang tidak perlu dibanggakan’.

Setiausaha Agungnya, Ali Othman berkata, kenyataan menteri itu yang menyebut "mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama" ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2010, benar-benar mengguris dan menghina ahli-ahli persatuan dan pegawai penjara yang sedang berkhidmat kini.

Kenyataan itu turut tersiar di sebuah akhbar tempatan keesokan harinya.


“Melalui Perhimpunan Agung Ke-10 persatuan, baru-baru ini, kami membuat usul bantah sekeras-kerasnya kenyataan beliau kerana merasakan seolah-olah perkhidmatan yang diberikan pegawai penjara khususnya yang telah berkhidmat di Penjara Pudu tidak dihargai, jauh sekali dari menjadi kebanggaan.

“Perlu diingatkan dengan adanya bangunan penjara atau jabatan penjara telah membuktikan wujudnya sistem keadilan yang lengkap di negara ini seiring dengan adanya mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, penjenayah wajar dibenci kerana melakukan jenayah tetapi bukan terhadap penjara itu sendiri kerana penjara adalah tempat penjenayah jalani hukuman. -SH


WarkahDaily
- Bukan bekas tentera aje yang kecewa dengan Awang Adek tu. Semua orang Islam yang beriman dan bukan Islam tersangat kecewa dengan Awang Adek sebelum ini kerana mengumumkan kerajaan telah meluluskan judi bolasepak piala dunia baru-baru ini.

Namun selepas ditekan dan berhadapan demonstrasi besar-besaran rakyat, kerajaan terpaksa akur dengan menarik balik kelulusan lesen judi berkenaan.


Dikuasakan oleh Blogger.