Keputusan FIFA Piala Dunia 2010 separuh akhir: Sepanyol 1 - 0 Jerman
Durban: Juara Eropah, Sepanyol dan sekarang bakal merebut juara dunia selepas berjaya ke final Piala Dunia 2010 Afrika Selatan awal pagi. Sepanyol menempah tiket ke final selepas kemenangan 1-0 atas Jerman di Durban hasil tandukan Carles Puyol pada minit ke 74 permainan.Gol itu mengulangi gol tunggal kemenangan Sepanyol ke atas Jerman ketika merebut gelaran juara Eropah dua tahun lalu. Sekarang, Sepanyol hanya berhadapan halangan terakhir, Belanda dalam perlawanan akhir bagi merebut kejuaraan pertamanya dalam aksi Piala Dunia FIFA.
Stadium Soccer City, Johannesburg bakal melakar sejarah awal minggu depan (12 Julai), apabila akan tercatat nama baru pada piala selepas Sepanyol memberi persembahan terbaik untuk penampilan sulong ke perlawanan akhir dengan menamatkan harapan Jerman membuat penampilan final kelapan.
Pasukan kendalian Joachim Low yang kehilangan Thomas Muller, begitu lemah untuk mengulangi kegemilangan mereka menewaskan pasukan ternama, England dan Argentina. Kekalahan Jerman kepada Sepanyol merupakan pengulangan aksi tahun 2006 mereka, apabila juga mengalami penderitaan kekalahan separuh akhir.
Rentak permainan lebih tertumpu kepada barisan Vecente Del Bosque apabila sedikit menguasai perlawanan yang berkesudahan Sepanyol menang 1-0.
16 minit sebelum perlawanan berakhir, gol penentuan daripada Puyol yang memusnahkah harapan Jerman untuk ke final.
Jaringan Puyol adalah hasil tandukan selepas hantaran tendangan sudut Xavi yang singgah di kepalanya terus menewaskan Neuer, penjaga gol Jerman. Peluang untuk mendapat gol kedua datang melalui Pedro namun beliau membiarkan Arne Friedrich untuk menghalangnya apabila berjaya menembusi pertahanan Jerman dengan larian satu -dua.
Selepas wisel penamat dibunyikan pengadil, kelebihan satu gol Sepanyol hasil jaringan Carles Puyol pada minit ke 74 telah memberi satu noktah berharga dan bersejarah buat juara Eropah 2008 itu untuk mara ke perlawanan akhir bertemu Belanda pada 12 Julai nanti. -WarkahDaily
Keputusan perlawanan separuh akhir (8 Julai 2010 - 2:30 pagi)
Jerman
0 - 1
Sepanyol
Carles PUYOL (74')
Jadual perlawanan tempat ke 3 dan 4 (11 Julai 2010 - 2:30 pagi)
Uruguay
vs
Jerman
- Stadium Port Elizabeth
Jadual perlawanan akhir (12 Julai 2010 - 2:30 pagi)
Jerman
vs
Sepanyol
- Stadium Soccer City
Post a Comment