Keputusan FIFA Piala Dunia 2010: Sepanyol mara, Jepun tewas tapi terpuji
Jaringan tunggal David Villa pada minit 63 ternyata berharga buat Sepanyol untuk mengalahkan Portugal awal pagi tadi di stadium Green Point, Cape Town.Sepanyol turut menempah tiket ke peringkat suku akhir FIFA Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Mereka akan berhadapan dengan Paraguay yang turut menang dalam perlawanan malam tadi dalam penentuan penalti dengan Jepun.
Perlawanan Paraguay dengan Jepun terpaksa dilanjut ke masa tambahan selepas 90 minit perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan bertukar-tukar serangan dengan sesekali percubaan berbahaya dari arah gawang lawan masing-masing.
Kedua-dua pasukan masih lagi buntu dengan jaringan selepas tamat masa tambahan sehingga perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti.
Jepun terpaksa mengalah apabila Komano tidak berjaya menerjah gol ke gawang lawan selepas sepakan penaltinya terkena palang. Kedudukan itu memberi kelebihan kepada Paraguay untuk menang 5-3 dalam penentuan sepakan penalti. Mungkin terlalu yakin sehingga menampakkan kegopohan apabila membuat sepakan terlalu kuat hingga terkena palang.
Namun perlawanan malam tadi, Jepun seharusnya dipuji atas permainan yang ditunjukkan pemainnya yang dilihat bermain pantas untuk mencari gol awal di separuh masa kedua.
Namun bagi Paraguay, ia adalah sejarah kerana pertama kali dapat ke suku akhir dalam kejohanan Piala Dunia. -WarkahDaily
Keputusan terkini (keputusan lain-lain peringkat kalah mati)
Sepanyol
David VILLA (63')
Paraguay
1 - 0
0 - 0Penalti (5-3)
Portugal
Jepun
Jadual pertemuan peringkat suku akhir
Belanda
Uruguay
Argentina
Paraguay
vs
vs
vs
vs
Brazil
Ghana
Jerman
Sepanyol
- (2 Julai - 10:00 malam)
- (3 Julai - 2:30 pagi)
- (3 Julai - 10:00 malam)
- (4 Julai - 2:30 pagi)
Post a Comment