Header Ads

TM Liga Super: Kelantan menang bergaya 4-1 ke atas Johor

Kelantan kembali ke landasan tepat untuk mencabar Selangor di tangga teratas liga selepas menang bergaya 4-1 ke atas Johor dalam aksi TM Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos semalam.

Mohd Badhri Radzi menjaringkan dua gol manakala dua lagi gol Kelantan disumbangkan ketua pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin dan jaringan sendiri pemain tuan rumah.

Kemenangan malam ini membolehkan Kelantan merapati Selangor dengan perbezaan tiga mata di belakang pasukan Red Giants itu.

Manakala Johor kekal di tangga ke-13 Liga Super.

Johor

1 - 4

Kelantan



Perlawanan pasukan lain TM Liga Super akan berlangsung pada 18 Mei 2010.

Dikuasakan oleh Blogger.