Suara membantah lesen judi bola sepak terus kedengaran, Ridhuan Tee tegur Najib
Suara-suara yang membantah kelulusan lesen judi bolasepak oleh kerajaan Barisan Nasional semakin jelas dan menyeluruh.
Semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah pun menegur kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib supaya mendengar rintihan orang ramai berkenaan kelulusan lesen judi bola sepak.
Hari ini pula dalam laporan TV Selangor, Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Gambar) menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat kepada masyarakat Islam.
Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya tidak berbangkit sama-sekali.
"Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Ya, dari satu segi kerajaan mahu mengelakkan judi haram, namun kita perlu timbangkan mudarat yang lebih besar," tegas beliau.
Dr Ridhuan berkata statistik dan liputan media menunjukkan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial amat menakutkan. Pertambahan pusat judi halal akan hanya menjadikan situasi masyarakat Islam semakin parah.
"Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang masuk di premis tersebut, begitu juga perjudian mereka ke Genting Highland," tegas Dr Ridhuan Tee.
Namun, sehingga sekarang, suara tindakan susulan Najib belum lagi kedengaran. Tagline 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' atau 'denyut nadi rakyat' belum lagi diaktifkan oleh Najib. Motto hanya tinggal motto semata-mata, tetapi suara rakyat tidak pulak didengari.
Sebelum ini pun, bila media meminta Najib mengulas perkembangan berkenaan ramai yang membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak, tetapi Najib tetap tidak mahu mengulasnya.
Apakah nasihat APCO meminta Najib berdiam diri dan tidak membuat komen akan hal ini?
Semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah pun menegur kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib supaya mendengar rintihan orang ramai berkenaan kelulusan lesen judi bola sepak.
Hari ini pula dalam laporan TV Selangor, Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Gambar) menggesa kerajaan Barisan Nasional supaya mempertimbangkan semula rancangan meluluskan lesen judi kerana ia mengundang mudarat kepada masyarakat Islam.Beliau berkata pandangan Islam berhubung soal judi sudah jelas lagi nyata lantas soal menghalalkan skim judi Piala Dunia 2010 seharusnya tidak berbangkit sama-sekali.

Post a Comment