Header Ads

Saiful tak solat sebab darurat?

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar dengan Mohd Saiful Bukhari bermula kembali. Namun kali ini, Saiful pula diasak oleh peguam Anwar.

Saiful tak solat sebab darurat?

Semalam, Saiful mengaku tidak solat langsung selepas mendakwa diliwat Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008. Jawapannya ringkas, 'Saya dalam keadaan darurat ketika itu'. Senangnya beliau jawab. Apa yang darurat sangat sampai dibenar Saiful meninggalkan solat?Dah rujuk 'alim ulamak' Umno ke tu?

Orang sakit pun kena sembahyang. Bahkan tengah berperang pun, orang Islam masih lagi dituntut sembahyang. Apa darurat sangat tu Saiful?

Hari tu bukan main, ketika hari perbicaraan lepas, orang ramai terkejut dengan air muka Saiful yang 'bersih' cam orang rajin solat. Sampai lebam dahi sebab kuat sembahyang. Tapi semalam mengaku tidak sembahyang pulak. Berlakon buat lebai ke?

Saiful berkata, beliau tidak boleh solat kerana diliwat dan belum mandi wajib.

Saiful, 24 tahun, berkata demikian semasa menjawab soalan peguambela, Karpal Singh, pada perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah, semalam.

Karpal menuduh Saiful bukan Muslim yang baik kerana tidak menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan,

"Saya dalam keadaan darurat ketika itu," kata Encik Saiful.

Saiful dakwa doktor bohong

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar itu juga mengaku tidak mandi junub pada 27 dan 28 Jun 2008, sebelum ke Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.

Awal dari itu, Karpal telah menyoal Mohd Saiful bagaimana bukti beliau diliwat masih kekal sehingga beliau membuat pemeriksaan di hospital.

Semalam, Karpal turut membaca salinan laporan doktor yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.

Namun, Saiful berkata laporan itu salah dan 'mungkin doktor berbohong'.

Apabila Encik Karpal merujuk kepada laporan HKL yang berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada dirinya, Saiful menjawab, "Saya tidak tahu kerana saya tidak dapat melihat dubur saya".

Letak pelincir

Beliau kemudian mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks dengan Anwar.

Pondan ke Saiful sampai tak boleh nak halang Anwar letakkan minyak pelincir. Atau Saiful rela hati untuk diliwat jika betullah apa yang beliau dakwa.

Saiful mendakwa telah diliwat Anwar beberapa kali pada 2008 tetapi tidak membuat laporan polis.

Bertemu Najib sebelum membuat laporan polis

Sebaliknya, beliau telah bertemu dengan Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, pada 24 Jun 2008.

"Saya bertemu beliau (Najib) untuk mengadu masalah saya, dilema saya," kata Encik Saiful.

Saiful bertemu Najib untuk mengadu masalahnya, siapa Saiful terhadap Najib? Adik beradik ke, anak ke, saudara ke? Atau rakan konspirasi?

Memang hebatlah Saiful, sampai ada masalah pun terus mengadu kepada PM. Mengalahkan menteri kabinet.

Datuk Seri Anwar, 63 tahun, yang juga ketua pembangkang dan penasihat PKR, didakwa meliwat Mohd Saiful, pada 26 Jun 2008, iaitu dua hari selepas pertemuannya dengan Datuk Seri Najib.

Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib mengaku bertemu dengan Saiful tetapi menafikan beliau terlibat dalam kes itu.

Anwar bagaimanapun berkata pertemuan itu bukti beliau adalah mangsa konspirasi politik.

Sementara itu, perbicaraan ditangguhkan sehingga hari ini selepas Encik Karpal membuat permohonan untuk dibekalkan dengan kenyataan bersumpah Saiful, yang diberikan kepada polis pada 28 Jun 2008 di HKL, atas alasan saksi utama itu berbohong.
Dikuasakan oleh Blogger.