Doktor berbohong atau Saiful penipu?
Dalam pertuduhan kes liwatnya, Saiful Bukhari Azlan dilihat bercanggah dalam membuat kenyataan dan pertuduhan.Peguam Anwar, Karpal Singh berhujah, pasukan pembela merasakan adanya 'percanggahan' antara keterangan yang diberikan kepada polis dan juga tuduhan sebenar terhadap Anwar.
Karpal berkata bahawa Saiful, dalam keterangan kepada polis, mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaan sedangkan pihak pendakwaan mengenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu persetubuhan dengan kerelaan.
Katanya ini adalah kes pertama di negara ini melibatkan percanggahan besar antara pertuduhan dan keterangan saksi kepada polis serta keterangan oleh saksi di mahkamah.
Rela atau tidak
Saiful telah membuat laporan polis yang dia telah diliwat secara paksa. Tapi di mahkamah, pandakwaan dibuat, Saiful diliwat secara rela.
Kalau secara paksa, kenapa ponda sangat Saiful sehingga boleh diliwat dengan senang hati oleh peliwat tanpa ada tentangan atau halangan. Bukan setakat itu sahaja, Saiful juga mendakwa, minyak pelicir telah digunakan ketika beliau diliwat.
Siapa yang letak tu? Anwar ke Saiful sendiri yang letak?
Bagaimana pula Saiful boleh merelakan minyak pelincir digunakan oleh Anwar ketika meliwat? Kenapa Saiful tidak menghalang kejadian itu. Lemah sangat ke Saiful atau pondan ke Saiful?
Lainlah kalau Saiful merelakannya sambil menolong Anwar untuk meliwatnya. Itu maknanya, Saiful budak 'bendul' atau 'lembam'.
Kalau Saiful rela, maka bercanggahlah dengan keterangan Saiful terhadap polis yang menyatakan beliau diliwat secara paksa.
Itulah, akan sampai masanya nanti, tembelang Saiful dan rakan konspirasinya akan terbongkar. Semuanya hasil daripada kebodohannya mereka sendiri.
Doktor bohong atau Saiful penipu
Sebelum ini, Saiful mendakwa Dr Mohamad Osman adalah pembohong. Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa doktor Mohamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi berbohong apabila menyatakan Saiful mengaku mengalami kesakitan di duburnya kerana benda plastik telah dimasukkan ke dalamnya.
Saiful mendakwa beliau tidak memberikan pengakuan sebegitu kepada doktor berkenaan.
Namun pada masa sama, Saiful gagal memberi penjelasan terhadap laporan hampir sama yang dikemukakan oleh tiga pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut memeriksa beliau.
Seperti Dr Mohamad Osman, tiga pakar itu juga mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Saiful dilihat berdolak dalih dalam menjawab soalan yang diberikan peguam Anwar dengan alasan tidak nampak apa terjadi kepada duburnya walaupun keterangan Dr Mohamad Osman dan tiga pakar dari Hospital Kuala Lumpur dilihat ada persamaan. Tapi dituduh laporan Dr Mohamad Osman adalah berbohong.
Sekarang siapa yang berbohong. Saiful sebelum ini melaporkan kepada polis yang beliau diliwat secara paksa. Tapi pendakwaan di mahkamah, beliau diliwat secara rela. Mana satu betul?
Sekarang sudah jelas, Saiful adalah alat konspirator pihak tertentu dalam menjatuhkan karier politik Anwar.
Post a Comment