Header Ads

Purdah seorang wanita Islam dikoyak peguam

PARIS, Perancis: Seorang peguam wanita berusia 60 tahun bertindak di luar batasan apabila mengoyakkan purdah seorang wanita Islam dalam satu kejadian mengejutkan di Perancis.

Insiden terbaru membabitkan diskriminasi terhadap pakaian Islam di negara itu berlaku di sebuah butik apabila peguam dan wanita Islam berkenaan bertengkar sebelum ditahan polis.

Ketegangan antara kaum semakin meningkat di Perancis akibat rancangan kerajaan untuk mengharamkan purdah dan pakaian keagamaan lain yang menutup muka.

Wanita Islam berusia 26 tahun itu dikatakan sedang melintasi butik berkenaan apabila terdengar peguam itu menghina pakaiannya.

“Peguam itu tidak suka melihat wanita Islam memakai purdah dan mahu pengharamannya dilaksanakan serta merta,” kata seorang anggota polis.

Peguam itu dikatakan menyamakan wanita Muslim berkenaan dengan watak syaitan dalam satu rancangan seram yang popular di Perancis. -SH

WarkahDaily - Diskriminasi terhadap umat Islam di negara-negara barat semakin menjadi-jadi. Namun Islam tetap dilabel sebagai pengganas.

Walhal, golongan yang sentiasa dengki dengan kebangkitan Islam terus menerus mencantas sesiapa yang didapati mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.


Dikuasakan oleh Blogger.