Peniaga melayu dihalau: PERKASA dan Pemuda Umno lembab atau pengecut?
Dalam laporan Utusan Malaysia 20 Mei 2010 lepas, di mana kerajaan negeri Melaka pimpinan Dato` Seri Ali Rustam melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengarahkan 20 peniaga di tapak berniaga berhampiran tempat letak kereta di Taman Rempah walaupun peniaga berkenaan membuat rayuan.Laporan Utusan menyebut, arahan mengosongkan tapak berniaga berhampiran tempat letak kereta di Taman Rempah adalah kekal dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak akan berganjak dengan notis terakhir yang telah dikeluarkan kepada 20 peniaga yang beroperasi di situ.Setiausaha MBMB, Azmi Hussain berkata, sebarang rayuan daripada peniaga terbabit yang ingin terus kekal menjalankan perniagaan mereka di tapak tersebut tidak dapat dilayan oleh MBMB.
Menurutnya, MBMB tidak ada pilihan untuk mempertimbangkan rayuan daripada para peniaga memandangkan tapak tersebut telah dibeli oleh sebuah syarikat bagi kawasan itu untuk dimajukan.''Arahan untuk berpindah mesti dipatuhi oleh semua peniaga terbabit kerana kawasan itu sudah menjadi milik sebuah syarikat dan mereka ingin membangunkan kawasan tersebut.
''Jika para peniaga masih berdegil dan enggan berpindah ini akan menghalang usaha MBMB untuk membangunkan kawasan tersebut memandangkan ia terletak berhampiran perkhidmatan bot Melaka Rivercruise,katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Semalam, kesemua peniaga kecewa dengan keputusan MBMB apabila mengarahkan mereka berpindah daripada kawasan di mana mereka sudah menjalankan perniagaan sejak setahun lalu.
Mereka mendakwa MBMB telah berjanji untuk menyediakan tapak berniaga di kawasan berhampiran tetapi sebaliknya pada notis terakhir bertarikh 15 Mei, tempoh tiga hari diberikan untuk mengosongkan kawasan tersebut.Mengulas lanjut, Azmi berkata, MBMB telah mengikut prosedur mengarahkan peniaga mengosongkan kawasan tersebut apabila telah menghantar notis pertama bertarikh 3 Mac lalu.
Katanya, tempoh yang diberikan sehingga 25 April langsung tidak diendahkan oleh peniaga terbabit memaksa MBMB mengeluarkan notis terakhir pada 15 Mei lalu.''Bagi saya, semua peniaga wajar mematuhi notis awal yang telah dikeluarkan dan tiada sebarang alasan untuk mereka mendakwa tidak mendapat tapak baru untuk menjalankan perniagaan, katanya.
Kejadian itu berlaku di Melaka, negeri di bawah pemerintahan kerajaan BN. Bagaimana kalau ianya berlaku di negeri Pakatan Rakyat?
Jawabnya, tak payah tunggu esoklah, terus je PERKASA dan Pemuda Umno berteriak, ‘kami bela Melayu’. Pengecut dan hipokritnya dia orang ni.
Post a Comment