Laman hina nabi dalam Facebook ditutup
ISLAMABAD: Laman dalam rangkaian sosial Facebook yang dianggap menghina Islam telah ditutup, kemungkinan oleh penulisnya. Menurut Facebook, ia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laman itu yang menarik lebih 100,000 pengunjung.Laman itu menggalakkan mereka meletakkan imej Nabi Muhammad, kononnya sebagai menyokong kebebasan bersuara. Umat Islam menyifatkan sebarang tindakan memberi gambaran atau lukisan wajah Rasulullah sebagai satu amalan kufur.
Setiausaha Kementerian Teknologi Maklumat Pakistan, Encik Najibullah Malik, berkata pemerintah tidak mempunyai pilihan selain menyekat akses pada Facebook Rabu lalu selepas diarahkan mahkamah. 'Kami tahu sesetengah pihak kecewa disebabkan penutupan ini, tetapi kami perlu mematuhi arahan mahkamah,' katanya.
Pakistan berkata ia akan menimbang untuk membenarkan semula Facebook dengan kandungan serupa jika mereka mengeluarkan muka surat yang dianggap menghina Islam. -AP
Post a Comment