Header Ads

Liwat: Check DNA siapa punya pada sampel air mani yang didakwa peguamcara

Peguamcara II , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Persekutuan hari ini bahawa empat calitan kapas yang diambil menunjukkan wujudnya air mani.

Dah wujud air mani, sekarang bolehlah check siapa punya air mani. Sebelum nak persalahkan Anwar, pi lah check DNA air mani tu siapa punya. Betul ke Anwar punya jika si Saiful bertegas juga ingin sabitkan Anwar dalam hal ini.

Menurut peguamcara itu, bahan pelinciran dan spesimen DNA dua lelaki diperolehi pada tiga daripada empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.

DNA dua lelaki itu, siapakah orangnya perlu disiasat segera agar Anwar tidaklah dimalukan tanpa usul periksa terlebih adakah ianya benar-benar daripada Anwar. Belum lagi disahkan DNA siapa punya, sekarang seolah-olah sudah menghukum Anwar bersalah.

Patutlah Islam yang diturun oleh Allah telah menetapkan hukum Islam berkaitan hal itu memerlukan saksi dan bukti yang kukuh kemudian baharulah ada pertuduhan. Jika tiada didatangi saksi yang cukup, maka ianya boleh dijatuhkan sebagai fitnah. Islam bukan sebarangan ingin menghukum seseorang yang dituduh.

Tetapi bagaimana seorang menteri yang mempunyai kelulusan agama kemudian menjaga hal ehwal agama telah bertindak menghalang Anwar daripada dibicara berdasarkan hukuman Qazaf. Sungguh malu negara kita yang didakwa sebagai negara Islam, menterinya telah pun cuba menghalang orang lain daripada diadili dengan hukuman Islam.

Berbalik kepada dakwaan wujudnya kesan air mani itu, samaada betul atau tidak air mani itu diambil secara telus atau ianya telah pun dirancang, terpulang kepada konspirator itu. Tetapi yang pasti, dengan penemuan sampel air mani itu, maka perlulah penyiasatan atau penjelasan daripada pihak doktor yang menguruskan DNA agar mengesahkan, air mani yang dijumpai adalah kepunyaan siapa.
Dikuasakan oleh Blogger.