Laporan Sinar Harian berbohong - Nizar
Sinar Harian telah melakukan satu pembohongan besar bagi niat untuk mengelirukan orang ramai di Perak khasnya konon penduduk kristian di negeri itu menolak PAS. Akhbar itu akan berhadapan tindakan mahkamah jika tiada pembetulan secara terbuka dibuat.
Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak.
Sinar Harian telah memutar belit kenyataan paderi konon kristian menolak PAS. Padahal kenyataan itu telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.
Dalam perjumpaan PAS Perak dengan pihak paderi seluruh Kinta itu, satu kenyataan paderi menjelaskan, jika program perjumpaan itu diadakan tiga tahun yang lepas, mungkin pihak gereja tidak akan menghadirinya. Tetapi sekarang, pihak gereja telah pun menghadiri program bersama PAS dan membuktikan apa yang dilaporkan Sinar Harian adalah tersasar dari maksud yang sebenar.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (Gabar kanan) ketika dihubungi media telah menjelaskan, "Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.
"Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah," kata Nizar.
Nizar mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas satu laporan Sinar Harian muka hadapan edisi Perak bertarikh 20 Mei 2010 yang telah mengelirukan orang ramai.
"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dialog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" jelas beliau.
Beliau berkata, tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar harian.
"Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".
Nizar turut menegaskan, tajuk laporan Sinar Harian itu telah menimbulkan kekeliruan dan berbaur fitnah dan perlu diperbetulkan.
Seorang lagi pemimpin PAS Perak yang hadir dalam program itu iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin Datuk Abdul Malik yang bertindak sebagai moderator dialog berkenaan turut merasa kesal dengan laporan Sinar Harian.
"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin.
Beliau turut menegaskan, tidak ada pimpinan gereja yang hadir menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.
Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak.Sinar Harian telah memutar belit kenyataan paderi konon kristian menolak PAS. Padahal kenyataan itu telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.
Dalam perjumpaan PAS Perak dengan pihak paderi seluruh Kinta itu, satu kenyataan paderi menjelaskan, jika program perjumpaan itu diadakan tiga tahun yang lepas, mungkin pihak gereja tidak akan menghadirinya. Tetapi sekarang, pihak gereja telah pun menghadiri program bersama PAS dan membuktikan apa yang dilaporkan Sinar Harian adalah tersasar dari maksud yang sebenar.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (Gabar kanan) ketika dihubungi media telah menjelaskan, "Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit."Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah," kata Nizar.

Post a Comment