Kumpulan Facebook semakin berani hina nabi Muhammad, cetus kemarahan
Penganut Islam seluruh dunia mengecam keras Facebook berikutan kewujudan kumpulan baru dalam laman web jaringan sosial itu yang membenarkan orang ramai melukis wajah Nabi Muhammad.
Kumpulan itu menggalakkan pengguna Facebook mengirimkan imej Nabi Muhammad yang dilukis mereka sebagai tanda bantahan terhadap ancaman bunuh diterima oleh penerbit rancangan animasi, South Park.
Bagaimanapun, kartunis Amerika Syarikat (AS), Molly Norris kemudian muncul menyatakan kekesalan atas tindakannya mewujudkan halaman itu.
Halaman yang mempunyai 43,000 ahli itu mencetuskan kemarahan pengguna terutama dalam kalangan penganut Islam.
Pada bulan lalu, penerbit South Park, Matt Stone dan Trey Parker menerima ugutan bunuh selepas memaparkan watak Nabi Muhammad memakai kostum beruang dalam episod ke-200 rancangan itu. -SH
Kumpulan itu menggalakkan pengguna Facebook mengirimkan imej Nabi Muhammad yang dilukis mereka sebagai tanda bantahan terhadap ancaman bunuh diterima oleh penerbit rancangan animasi, South Park.Bagaimanapun, kartunis Amerika Syarikat (AS), Molly Norris kemudian muncul menyatakan kekesalan atas tindakannya mewujudkan halaman itu.
Halaman yang mempunyai 43,000 ahli itu mencetuskan kemarahan pengguna terutama dalam kalangan penganut Islam.
Pada bulan lalu, penerbit South Park, Matt Stone dan Trey Parker menerima ugutan bunuh selepas memaparkan watak Nabi Muhammad memakai kostum beruang dalam episod ke-200 rancangan itu. -SH
WarkahDaily - Erm..Kita bagaimana ye. Boikot ke tak? Sejak akhir-akhir ini, dah semakin berleluasa orang kafir dari barat menghina Islam. Bermula dicop sebagai pengganas sehinggalah sengaja menimbulkan kemarahan umat Islam apabila dengan cuba melukis wajah Nabi Muhammad.
Mereka bukannya tidak tahu perkara sensitif itu kerana sebelum ini dah berlaku dan umat Islam dengan jelas membantahnya. Tetapi mereka dengan rasa ego dan sengaja cuba bermain api permusuhan dengan umat Islam. Bila tercetusnya kemarahan dari kalangan umat Islam, maka umat Islam akan dituduh pengganas la, perosak la. Tapi yang asalnya adalah timbul daripada mereka.
Post a Comment