Chelsea juara Liga Inggeris musim 2010
Akhirnya Chelsea berjaya merangkul kejuaraan Liga Inggeris untuk pertama kali sejak tahun 2006, dan sejak ditinggalkan oleh pengurusnya, Jose Mourinho.(Gambar kiri: Pemain Chelsea meraikan kejuaraan Liga musim 2010)
Kemenangan Chelsea hanya dapat diraih di akhir perlawanan Liga Inggeris, Ahad lepas setelah menang besar 8-0 ke atas Wigan. Kemenangan ini menyebabkan Manchester United terpaksa berpuas hati di tangga kedua liga meski juara bertahan itu menang 4-0 ke atas Stoke City.
Didier Drogba meledakkan tiga gol dalam perlawanan itu, sehingga dia menjadi penjaring gol terbanyak dalam Liga Inggeris musim ini dengan 28 gol.
Sementara itu, cita-cita Tottenham untuk menghalang Arsenal dari berada di tangga ketiga liga tidak tercapai apabila pasukan anak didik Harry Redknapp terpaksa akur dengan prestasi Arsenal walaupun menang 2-4 ke atas Burnley. Arsenal berpuas hati di di tangga ketiga liga apabila mengalahkan Fulham 4-0.
Walaupun begitu, Tottenham sudah dipastikan menempah tiket dalam kejohanan Liga Juara-juara Eropah pada musim akan datang.(Gambar kanan: Wayne Rooney dan rakan sepasukan tidak berjaya menidakkan kejuaraan Chelsea musim ini walaupun menang 4-0 ke atas Stoke City)
Liverpool sekadar memastikan diri pada tangga ketujuh dalam Liga Inggeris selepas hanya seri 0-0 dengan Hull yang sudah pasti berada dalam zon penyingkiran. -BBC
Post a Comment