Header Ads

90 hari cuti bersalin: Kerajaan PR lebih prihatin, kerajaan 1Malaysia lembab

Sebelum ini, pelbagai pihak sudah meminta kerajaan menyemak semula tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari, namun tiada apa-apa tindakan dibuat. Mungkin kerana desakan banyak daripada pihak pembangkang, itulah sebabnya ianya tidak diendahkan.

Tapi bila negeri Pakatan Rakyat pimpinan PAS di Kelantan telah meluluskan tempoh cuti bersalin adalah 90 hari, maka mulalah kerajaan pusat terhegeh-hegeh 'buka buku' semula berkaitan permintaan pelbagai pihak akan hal berkaitan.

Laporan Bernama, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan persetujuan untuk memanjangkan tempoh cuti bersalin daripada 60 kepada 90 hari.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perbincangan yang turut melibatkan Kementerian Sumber Manusia itu merupakan kelangsungan daripada usaha yang dilakukan kementeriannya empat tahun lalu.

"Kementerian dalam masa terdekat ini akan melihat kembali syor yang pernah dibuat empat tahun yang lalu yang berusaha berjumpa pekerja, pihak majikan, dan badan bukan kerajaan untuk mendapatkan persetujuan supaya kerajaan menambahkan jumlah cuti bagi wanita bersalin.

"Perjuangan kita pada masa itu adalah memohon untuk memanjangkan cuti kepada 84 hari tapi hari ini atas faktor semasa dan permintaan ramai kita setuju untuk memohon agar kerajaan meluluskan permohonan cuti 90 hari kepada wanita bersalin," katanya kepada pemberita selepas penutupan Forum Ekonomi Islam Sedunia Keenam di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) di sini.

Beliau berkata, ketika mula-mula dibangkitkan empat tahun lalu cadangan tersebut mendapat reaksi negatif daripada majikan yang mendakwa sekiranya cadangan itu diluluskan akan timbul masalah di mana wanita tidak lagi diberi peluang untuk terlibat dalam pasaran pekerjaan.

Shahrizat berkata, kementeriannya akan memulakan rundingan dengan pihak-pihak tertentu dengan melibatkan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan persetujuan untuk dibentangkan kepada kerajaan bagi membolehkan permohonan tempoh masa cuti bersalin ditambah.

Bila Kelantan buat, baru mula nak menyibuk pulak. Sebelum ini buat endah tak endah je.

Perkembangan ini memberi gambaran bahawa kerajaan pusat sudah tidak mampu lagi mentadbir negara dan memberi kebajikan kepada rakyat sendiri.

Mereka ini dilihat tidak lagi mampu berfikir akan kebajikan rakyat. Bila orang lain buat, baru mula nak berfikir akan kebajikan rakyat.

Mereka hanya sibuk dengan perbalahan sesama sendiri, perebutan jawatan, sibuk mengumpul hasil mahsyul negara sesama kroni tanpa memikirkan kebajikan dan kesenangan rakyat.

Dah sah, kerajaan Pakatan Rakyat lebih prihatin terhadap kehendak rakyat berbanding kerajaan BN yang hanya indah khabar dari rupa.
Dikuasakan oleh Blogger.